BUKU PELAWAT MPT
(Jabatan Khidmat Pengurusan)


SENARAI BUKU PELAWAT DI MPT
BIL NAMA KOMENTAR TARIKH MELAWAT
1 Tahfiz Integrasi Ibnu Soleh Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan memotong rumput di sekitar kawasan sekolah kami. Boleh minta bantu memberikan contact no untuk kami tak. Terima kasih. 0174223036 2014-04-16 12:06:38
2 latifah majid minta pihak berwajib wujudkan kiosk jual kraftangan cenderamata ikan patin temerloh..kat mana nak beli nyer yek 2014-04-07 16:19:28
3 joe selam moga MPT terus majukan bandar Temerloh setanding bandar di lembah kelang. syabas kepada pegawai MPT teruskan pembangunan mampan 2014-03-26 21:40:16
4 kam boon chin permohonan pihak mpt mewujudkan bonggol di taman perumahan jalan bahagia taman bahagia, budak muda racing moto malam hari buat bising, anak-anak kecil mau tidor. mohon agar dipercepatkan. tq. 2014-01-30 13:07:21
5 kamala saya ingin memohon praktikal di bahagian IT. mohon emelkan kepada saya bagaimana caranya. emel saya at kamala.muthu20@gmail.com terima kasih encik. 2014-01-15 18:18:55
6 man laksa terima kasih kerana menyediakan servis bil online.senang dan mudah. nice job! 2014-01-13 08:32:20
7 Lim Jit Hun Maklumat lengkap .. 2014-01-10 20:17:59
8 Lim Jit Hun Maklumat lengkap .. 2014-01-10 20:16:55
9 sani husaini ali mohon pihak mpt pantau kakitangan bawahan yang berlagak semacam pegawai pula. buat seminar motivasi ke atas mereka-mereka ini. 2013-11-27 19:02:33
10 SARSI BOI mana2 kakitangan yang sudah berumur eloklah berundur diri pencen, bagi peluang golongan muda pula nak mohon kerja , kesian lah kami pun nak hidup juga. peace yo. 2013-11-09 21:33:00
11 puteri q minta pihak berwajib seperti polis buat rondaan kerap di taman perumahan di sebelah malam kerana mat rempit memekak di jalan taman perumahan buat bising lumba motor. polis kan dah naik gaji. kerja nak cekelat la tuh.. 2013-11-03 15:55:25
12 little rabbit mohon pihak berkenaan memantau jalan berlubang di taman perumahan temerloh dan mentakab. bengkok rim tayar kereta akibat terjerumus ke lubang. eksiden kecil banyak berlaku. mohon pertimbangan pihak berkenaan. 2013-10-22 08:05:09
13 munirah saya sgt teruja tengok pokok ict di sebelah kwsp temerloh, sungguh cantik dan indah malam di bandar temerloh. harap2 banyakkan lagi pokok ict di bandar temerloh..tahniah...we all love it.... 2013-08-04 13:16:21
14 laila mohon pihak mpt wujudkan pasar malam setiap hari di lurah semantan atau area berdekatan macam pasar malam mentakab. 2013-06-29 08:34:19
15 kenari mpt perlu rancakkan ekonomi temerloh dengan menyediakan program bulanan untuk masyarakat setempat seperti pertandingan futsal ke bola ke badminton ke takraw ke dan macam2 lagi sukan air ke...be kreatif dan inovatif. harapan kepada mpt sahajalah utk naik ekonomi , dah lah ipta dan ipts tiada (ni YB punye keje) 2013-06-11 10:59:33
16 haji johari minta pihak mpt tengokkan pokok2 besar di tepi jalan raya , kalau perlu potong sila lakukan di jalan utama temerloh ke jerantut. terima kasih 2013-03-19 14:27:26
17 penduduk tmn bahagia minta repair balik jalan perumahan di taman bahagia akibat kontraktor tnb korek tanah pasang kabel elektrik dalam tanah dari taman muhibbah > taman bahagia makmur > taman temerloh jaya > kuarters polis taman temerloh jaya. 2013-01-14 17:30:08
18 suriani mohon pihak mpt buat line di jalan utama taman perumahan di tmn temerloh jaya dan taman bahagia. kereta laju dan masuk line sebelah.terima kasih. 2012-12-31 10:18:08
19 HJ BAHAR landkap di bandar temerloh agak terbiar, rumput naik pjg, kebersihan kurang. sila pantau pekerja anda buat kerja sungguh2.tkasih 2012-10-23 07:08:26
20 kamariah abu PIHAK MAJLIS PERLU NASIHAT PERILAKU STAFF TINGKAT 6 YANG MELAMPAU MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN SAUDARANYA. GERAM SUNGGUH... 2012-10-22 09:22:34
21 peniaga pihak mpt bolehlah buat sesuatu di lot-lot parking kereta yang disalahgunakan meletak kereta jualan tanpa permit dengan mengkompaun pesalah ini . terima kasih 2012-10-03 14:44:14
22 peminat go cart SAYA CADANGKAN PIHAK MPT KHUSUSNYA WUJUDKAN PUSAT GELANGGANG PERMAINAN GO CART DI DALAM BANDAR TEMERLOH UNTUK MENARIK MINAT RAMAI GOLONGAN MUDA-MUDI BERGIAT AKTIF DAN BERIADAH DENGAN SIHAT DAN SELAMAT. GO CART TU BOLE BELI DI IKBN LANCHANG SATU2 NYA PUSAT DALAM MALAYSIA YANG MEMBINA GO CART BUATAN MALAYSIA...MURAH DAN PRAKTIKAL MENYOKONG EKONOMI DALAM NEGARA. ACARA INI BOLEH BUAT PERLUMBAAN BULANAN DIMANA MPT MENAJA HADIAH SERTA SIJIL... 2012-08-20 19:05:49
23 pendidik Ingin mencadangkan kpd MPT agar dpt berbincang dgn pihak berkenaan dlm menjadikan T'loh sbg hub pendidikan. Setakat ini tloh hanya ada 1 SBP Intergrasi, IKBN dan Kolej Komuniti.Alangkah baiknya jika ada SBP Sains, MRSM, IPTA, IPTS, Institut Perguruan, Politeknik. Dgn ini penduduk akan bertambah dan peluang ekonomi lebih meluas.Sebagai bandar kedua besar di Pahang, Temerloh sepatutnya ada institusi pendidikan yang lebih baik. Ini juga akan menarik org luar datang ke Temerloh. 2012-08-12 06:40:50
24 orang melaka duduk temerloh mohon pihak berwajib membenarkan pasaraya besar- seperti giant / tesco / maiden / carefour berada di daerah temerloh. persaingan yang bagus dan wajar penduduk sudah ramai 2012-08-09 06:07:55
25 majukari selamat menjalani puasa dan menyambut raya kelak kepada semua staff majlis dan sewaktu dengannya...takde open house ke raya nie? 2012-08-03 06:33:57
26 graduan epal kami pemuda temerloh inginkan peluang untuk menjadi usahawan kecil-kecilan namun sokongan modal serta kursus motivasi tiada. kepada siapakah perlu kami memohon simpati? kami rata-rata background diploma dan ijazah namun sektor pekerjaan yang sukar akhirnya terpinggir dibumi sendiri....kepada yang berkenaan silalah bantu kami...kami juga ingin berbakti dan berjaya...nak bayar loan belajar pun tak lepas-lepas... 2012-07-24 20:24:19
27 Ilmiah Binti Ramli (F.Jenderak Selatan) web yg menarik dan byk informasi. Saya bangga jadi org Temerloh! Semoga Temerloh terus maju!!! 2012-07-22 14:34:10
28 MELATI mohon pihak majlis pantau kebersihan makanan di kedai makan di dalam bandar terutamanya di gerai bukit angin 2012-07-21 14:08:16
29 BUDAK JB syabas utk TEMERLOH di atas pembangunan yang makin naik dan perlu dipertingkatkan usaha LANDSCAPE yang indah dibandar-bandar. Tak sangka TEMERLOH sudah berubah wajah. 2012-07-18 17:16:56
30 penduduk setiajasa disini saya mencadangkan agar pihak atasan mengkaji tingkah laku kakitangan di jabatan pengurusan yang sombong, angkuh, berkuasa melebihi yang sepatutnya. perlu dilakukan pusingan kerja ke tempat lain agar penyelewengan dapat dihindarkan akibat perangai dan perbuatan mereka. 2012-07-14 15:11:22
31 antipolitik mohon pihak pengurusan pbt tidak gunakan politik yang melampau dalam pemilihan jawatan kosong , sebaik-baiknya telus dan adil dalam melantik kakitangan baru supaya perkhidmatan rakyat lebih cekap, amanah dan berkesan. 2012-07-13 22:32:53
32 pemerhati muda sila buat pemeriksaan ke atas tandas-tandas awam di dalam bandar temerloh/mentakab. keadaan amat mendukacitakan. perlu diwujudkan peruntukkan yang sesuai terhadap perkara ini. 2012-05-01 20:44:36
33 double A wahai mpt, sila bersihkan bandar anda di jalan utama dan rumput di divider jalan kutiplah sampah di sana banyak sangat org buang sampah situ. bunga dah lawa dah tapi sampah disebelah menyakitkan mata. please..... 2012-04-17 00:15:35
34 aleya khamis cadangan dihidupkan semula futsal mpt dekat lhdn . kami beliawanis perlukan tempat bersukan futsal. terima kasih. 2012-01-27 09:20:07
35 ramasamy a/l chelliputhy please ensure the enforcement have done their work. Otherwise the community will face the difficulty. 1malaysia spirit. 2011-11-25 08:56:14
36 limau kasturi cadangan agar diwujudkan pertandingan gerai/restoran paling bersih dari segi persekitaran/hiasan/makanan/tandas dan dibuat ranking dari nombor 1 hingga nombor 50 misalannya. Dan dipamerkan ranking ini di gerai/restoran terlibat supaya pengunjung luar seperti saya dapat memilih gerai/restoran yang terbaik di kalangan terbaik. 2011-11-24 18:54:29
37 madam cheng salam mptemerloh, saya ingin memberi pandangan mengenai kemudahan riadah dan sukan di dalam bandar , supaya pihak berkenaan wujudkan tempat riadah bersukan untuk golongan famili seperti kolam renang untuk famili, anak2 boleh bersama-sama dengan parent beriadah. thank you 2011-11-12 12:14:00
38 belia usahawan 4B saya ingin mencadangkan kepada pihak berwajib agar diwujudkan skim jualbeli van bergerak (khusus utk peniaga belia) dan wujudkan lot parking untuk van niaga ini menjalankan operasi perniagaan seperti keropok, burger, abc, cendol, goreng pisang, yong tau foo, mee rebus dan sebagainya. Dicadangkan bayaran secara bulanan sewa petak parking dan permit lesen RM 100 sebulan. MPT dapat hasil , org jaga parking dapat hasil daripada niaga secara haram langsung tak de hasil lepas tu kena saman pula. cth 2 2011-10-28 23:13:46
39 lim fei lay I 'm very proud of temerloh, wish you all a happiness and prosperous in every moment, and please make sure our town is clean and beautiful like now. I like patin very very much. 2011-10-27 18:42:25
40 haji bahari assalamualaikum mpt. anda perlu tingkatkan mutu kerja dari segi pemantauan penguatkuasaaan dan undang-undang khususnya ke atas peniaga-peniaga tepi jalanan supaya kebersihan dan keselamatan terjamin. terima kasih. 2011-10-26 18:17:28
41 anak semantan syabas dan tahniah majlis perbandaran temerloh kerana berusaha gigih mencantikkan bandar ini dengan landskap yang menarik..perbanyakkan lagi landskap di kawasan tumpuan ramai...tahniah...well done... 2011-10-24 11:11:20
42 PENDUDUK KOMUNITI TEMERLOH SAYA CADANG DIADAKAN PERTANDINGAN ANTARA TAMAN-TAMAN DAN KAMPUNG2 LANDSKAP YANG TERINDAH. HADIAH UTAMA RM RM5000, KEDUA RM2000 DAN KETIGA RM500 SERTA 10 SAGUHATI RM100. KOS TAK CECAH 10K..BOLEH INDAHKAN KAWASAN SEKELILING SERTA TAMBAH MINAT PENDUDUK CANTIKKAN BANDAR DAN HIDUP DALAM SUASANA TAMAN....BESTNYER KALAU SETIAP RUMAH ADA BUNGA MASING2 2011-10-22 00:00:32
43 mei juan ling I suggest majlis perbandaran temerloh prepare enough parking lot especially near maybank , affinbank there are so congested area. please make a further action. thanks 2011-09-21 13:52:35
44 majuria apa kata pihak mptemerloh wujudkan lot-lot kosong untuk kilang - kilang yg berminat contoh kilang kertas ker, bayangkan kalau dapat 5 lot kosong, 5 kilang baru boleh diwujudkan, peluang kerja kosong terbuka kepada penduduk tempatan, pbt pun boleh kutip cukai... 2011-08-18 07:58:03
45 hj kamaludin awang saya cadangkan mpt adakan kempen cat premis kedai dan rumah sempena bulan kemerdekaan. bagi yang menyertainya beri diskaun 20% bil cukai pintu 2012. bandar cantik pelancong suka hati. 2011-08-13 14:52:28
46 mat segak boleh tak mpt adakan pertandingan futsal setiap bulan? dengan hadiah yang lumayan RM 10,000 ribu ke? daerah lain boleh datang ke temerloh untuk menyertainya..kalau 10 daerah dalam pahang datang untuk 5 hari perlawanan.. (10daerah x5hari x10 pasukan x 7org=3,500 org datang) mpt boleh buat kutip gerai niaga tepi jalan dan industri hotel mula berkembang....amacam ada berani ka? 2011-07-26 19:57:04
47 ayunie saya sangat gemari masakan ikan patin...saya (asal woodland) sanggup datang ke temerloh untuk menjamu selera masakan ini , boleh tak pihak pentadbir wujudkan medan selera yang moden dan lengkap khas untuk masakan ikan patin ini........seronoknye........kalau dapat diadakan... 2011-07-19 19:24:50
48 Pak Ngah Batu 8 Salam buat warga MPT dan tingkatkan usaha anda dalam menceriakan bandar Temerloh. Syabas dan Tahniah. 2011-07-06 20:52:25
49 Keluarga 69 saya ingin mencadangkan pihak mpt mengadakan kompleks sukan serbaguna bagi kegunaan penduduk temerloh khususnya, dan dibina tempat riadah seisi keluarga di tepi tebing sungai pahang yang indah disediakan kerusi duduk dan meja serta dihiasi lampu dan landskap menarik.Tkasih. 2011-06-14 09:28:39
50 Norish Kaseh Saya cadangkan pihak berwajib buat aktiviti untuk meningkatkan ekonomi penduduk khasnya surirumah2 di taman2 perumahan dengan mewujudkan tempat jualan kuih-muih secara tetap bagi setiap nama taman..supaya anggota taman dapat menghantar kuih muih mereka untuk mendapat sedikit hasil bagi menampung kos sara hidup yang kian meruncing...................... 2011-06-08 21:41:57
51 Jamil Uda MPT perlu sediakan landskap yang bersih dan menarik. Perlu bayakkan pokok bonsai ker...dan sebagainya.....walaupun begitu tahniah pada MPT yang semakin berkembang dan maju. Syabas 2011-05-26 09:26:13
52 Pelancong dari KL Sy merupakan pelancong dari kl, saya amat sukakan kepada sungai dan aktiviti memancing merupakan hobi sy...sy ingin mencadangkan pihak tuan mewujudkan tempat memancing di tepi sungai pahang yang berhampiran dengan bandar temerloh. sy sanggup bayar caj masuk jika dikenakan...RM10 ke...RM 20 ke...teri 2011-05-24 11:30:59
53 Org Kg Pangsenam Cadangan saya agar pihak majlis mengadakan kilang/pusat pembuatan keropok berasaskan ikan patin. Saya lihat di negeri pantai timur, tepi laut sana ada pusat pemprosesan ikan laut jadi keropok lekor...so kita kat tepi sungai pun boleh laksanakan produk keropok ikan patin - lekor dan kering...supaya o 2011-05-18 21:55:30
54 Ameraa Kamil SAYA CADANGKAN TEMERLOH PERLU ADA SHOPPING MALL YANG BESAR SEKALI DENGAN HOTEL 4 BINTANG KE... 2011-05-16 21:52:56
55 Anak Semantan Saya cadangkan esplanade temerloh tu buat makan stimboat (van) dalam 10 van ker...nak kasi hidupkan area tu dari 8 malam ke 5 pagi... 2011-05-16 10:43:57
56 JAMAL HISHAM aka JAMBUL Saya lihat temerloh sudah berkembang pesat nampaknya...bile nak buat stadium besar ke? kompleks sukan ke?? pak menteri dari temerloh meh la bantu sama..majukan bandar ikan patin ini...anyway syabas pada warga temerloh...rindu sangat korang nie...dari jauh sana leed univ 2011-05-15 20:40:31
57 Muthu I'M SO PROUD OF MPTEMERLOH, YOUR CITY SO NICE TO VISIT AND YOUR GUYS ARE VERY HARDWORKING AND WELL TRAINED. WELL DONE. STAY COOL. 2011-05-15 13:09:59
58 MISS CHOW Saya ingin syorkan mpt adakan jualan boot kereta di adakan satu tapak kawasan lapang yang khas pada hari tertentu dan berbayar supaya orang ramai boleh menjual barangan terpakai dan mendapat hasil daripada jualan tersebut dan mpt boleh mengenakan sedikit bayaran sewa contoh sehari RM 1. 2011-05-12 19:28:12
59 Hashim Kamaruzaman MPT terus maju dan berusaha lagi ke arah bandar makmur. Banyakkan tempat letak kereta parking di bandar-bandar. 2011-05-11 16:28:37
60 Ms Fong Ah Melly Good Job. Excellent. 2011-05-10 22:08:26
61 LEE AH PHUA saya amat puashati dengan pencapaian MPT banyak berkembang dan daya berteknologi serta berinovasi. Good Luck 2011-05-10 22:04:36
62 AHMAD NANKSNAK SYABAS DAN USAHA LAGI 2011-05-10 18:47:16
63 AHMAD ALI TERUSKAN USAHA ANDA 2011-04-27 11:21:14

 


BUKU PELAWAT MPT